Sinopsis Seruan Setan

Mengenai Angel dan Clarissa berpindah ke tempat baru bersama ibu mereka, Ratih, selepas ibu mereka bercerai daripada bapa mereka. Mereka berdua kemudian pergi bercuti dengan rakan mereka. Ketika bercuti, kedua-dua beradik ini telah terjumpa satu papan Ouija di sebuah rumah kosong. Mereka bersama kawan-kawannya memutuskan untuk bermain dan memanggil roh yang telah mati, namun tanpa disedari roh yang dipanggil datang untuk membalas dendam. Pada mulanya tiada apa yang berlaku tetapi apabila waktu malam, sesuatu yang menyeramkan mula menggangu mereka.